MAJLIS BELIA DAERAH LANGKAWI

Pengenalan
Perutusan
Struktur Organisasi
Fun
TV Online
Informasi
Hubungi Kami
Berita Terkini
Pautan

SELAMAT DATANG
"Belia Bertindak Untuk Kebenaran dan Keadilan"

langkawi1.jpg
Langkawi Permata Kedah


PENGENALAN

Majlis Belia Langkawi (MBDL) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di Pulau langkawi. Penubuhan rasmi MBDL adalah pada 1 Januari 2000.

Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBDL juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.

TUJUAN

Tujuan-tujuan utama majlis ialah :

Berusaha menegak dan mengukuhkan prinsip sukarela dan demokratik dalam pergerakan belia.

Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, badan-badan berkanun atau keapda badan-badan yang lain mengenai perkara-perkara berkaitan belia.

Mengadakan dan menjalinkan hubungan dengan majlis-majlis lain dan pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan antarabangsa.

Menggalakkan penghormatan antarabangsa, persefahaman antara kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan-kegiatan belia.

Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini.

Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.

KEAHLIAN

Keahlian MBDL adalah terbuka kepada pertubuhan-pertubuhan belia daerah Langkawi di Pulau Langkawi yang mendukung matlamat serta usaha MBM.

Pertubuhan itu juga hendaklah demokratik, dan bergerak sebagai pertubuhan sukarela, menjalankan urusan-urusan dengan berdikari dan memberikan peluang sepenuhnya kepada semua ahli untuk mengambil bahagian yang wajar dalam semua kegiatan, di samping keahlian itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia. 

Sekarang ini terdapat 14 buah pertubuhan belia yang bergabung dengan MBDL

PERHUBUNGAN

MBDL mempunyai hubungan yang erat dengan kerajaan, terutamanya melalui Kementerian Belia dan Sukan dalam hal-hal yang bersangkutan dengan belia dan gerakan belia. MBDL juga turut bekerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan samada sebagai perunding atau jawatankuasa dalam beberapa badan yang ditubuhkan oleh agensi berkenaan.

STRUKTUR

Perhimpunan Agung merupakan peringkat tertinggi dalam menentukan dasar dan pendirian Majlis, Perhimpunan yang bersidang setahun sekali ini juga bertanggungjawab memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja, menerima dan meluluskan laporan tahunan, penyata dan neraca kewangan. Setiap badan gabungan menghantar perwakilan ke Perhimpunan ini.

Seterusnya terdapat sekretariat yang menjalankan kerja-kerja pentadbiran, perhubungan dan perkhidmatan. Sekretariat MBDL diketuai oleh Setiausaha dengan dibantu oleh beberapa ajk yang dilantik.

belia1.jpg

langkawimap.jpg

ANDA PELAWAT KE :

Copyright 2006, MAJLIS BELIA DAERAH LANGKAWI