Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
selamat datang dan terima kasih kerana memilih untuk mengunjungi Laman Web rasmi Majlis Belia Daerah Langkawi (MBDL).
Bagi mencapai matlamat di atas dan untuk memantapkan lagi sistem penyampaian, MBDL
telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Laman Web rasmi MBDL yang mengandungi maklumat-maklumat terkini mengenai MBDL
dan program serta perkhidmatan yang ditawarkan. Ianya juga selaras dengan budaya ICT yang didokong oleh masyarakat Malaysia
pada masa kini.
Melalui pembangunan Laman Web ini, saya berharap interaksi secara atas-talian (on-line) di kalangan warga belia,
para pelanggan serta pengunjung dapat dipertingkatkan. Pendek kata, disamping menyokong kelancaran perkhidmatan MBDL
kepada kumpulan sasaran, laman ini juga diharap mampu merangkaikan hubungan kerja di antara MBDL dengan pihak yang berkepentingan
dengan lebih efektif dan efisien.
Akhir kata, saya bagi pihak MBDL, sangat mengalu-alukan sebarang cadangan, komen serta pertanyaan daripada pengunjung
yang dihormati. Maklumbalas yang diberikan akan digunakan untuk memantapkan serta memperkasakan lagi sistem penyampaian MBDL.
Selamat sejahtera dan
selamat melayari Laman Web MBDL.
Nor Saidi Bin Nanyan B.C.K
Pengerusi
MAJLIS BELIA DAERAH LANGKAWI